Effective Date / Tarikh Berkuatkuasa: 27 July 2026 / 23 Julai 2026
Kamal & Kamal Pest Control Sdn. Bhd. (“KKPCSB”, “we”, “us” or “our” / “kami” atau “pihak kami”) respects your privacy and is committed to protecting your personal data in accordance with the Personal Data Protection Act 2010 and its applicable amendments.
Kamal & Kamal Pest Control Sdn. Bhd. (“KKPCSB”, “kami” atau “pihak kami”) menghormati privasi anda dan komited untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 serta pindaan yang berkuatkuasa.
This Notice applies to all stakeholders, interested parties, and visitors who interact with KKPCSB.
Notis ini terpakai kepada semua pihak berkepentingan, pihak berkaitan dan pelawat yang berurusan dengan KKPCSB.
We may collect personal data including / Kami boleh mengumpul data peribadi termasuk:
Name, identification and contact details / Nama, maklumat pengenalan dan maklumat perhubungan;
Company, employment and billing information / Maklumat syarikat, pekerjaan dan pengebilan;
Service location, premises and appointment details / Lokasi perkhidmatan, maklumat premis dan janji temu;
Payment and transaction records / Rekod pembayaran dan transaksi;
Photographs, CCTV recordings, service reports, complaints and communications / Gambar, rakaman CCTV, laporan perkhidmatan, aduan dan komunikasi;
Training, qualification, vehicle and employment information, where applicable / Maklumat latihan, kelayakan, kenderaan dan pekerjaan, jika berkaitan; and / dan
Other information required for service delivery or legal compliance / Maklumat lain yang diperlukan untuk pelaksanaan perkhidmatan atau pematuhan undang-undang.
You are responsible for ensuring that the personal data provided is accurate, complete and up to date.
Anda bertanggungjawab memastikan data peribadi yang diberikan adalah tepat, lengkap dan terkini.
Personal data may be collected through service enquiries, quotations, contracts, forms, our website, email, telephone calls, WhatsApp, CCTV, recruitment processes, site visits and other dealings with KKPCSB.
Data peribadi boleh dikumpulkan melalui pertanyaan perkhidmatan, sebutharga, kontrak, borang, website, e-mel, panggilan telefon, WhatsApp, CCTV, proses pengambilan pekerja, lawatan tapak dan urusan lain dengan KKPCSB.
We may process personal data for the following purposes / Kami boleh memproses data peribadi bagi tujuan berikut:
Providing pest control, hygiene and related services / Menyediakan perkhidmatan kawalan serangga makhluk perosak, kebersihan dan perkhidmatan berkaitan;
Preparing quotations, contracts, invoices and service reports / Menyediakan sebutharga, kontrak, invois dan laporan perkhidmatan;
Managing appointments, enquiries, complaints and claims / Mengurus janji temu, pertanyaan, aduan dan tuntutan;
Processing payments and maintaining business records / Memproses pembayaran dan menyimpan rekod perniagaan;
Managing recruitment, employees, training, safety and security / Mengurus pengambilan pekerja, pekerja, latihan, keselamatan dan sekuriti;
Communicating with stakeholders and interested parties / Berkomunikasi dengan pihak berkepentingan dan pihak berkaitan;
Conducting audits, investigations and risk management / Menjalankan audit, siasatan dan pengurusan risiko;
Meeting contractual, insurance, regulatory and legal requirements / Memenuhi keperluan kontrak, insurans, kawal selia dan undang-undang; and / dan
Sending promotional information where consent has been given or where permitted by law / Menghantar maklumat promosi apabila persetujuan telah diberikan atau dibenarkan oleh undang-undang.
Failure to provide the required personal data may affect our ability to provide services, process applications or fulfil contractual obligations.
Kegagalan memberikan data peribadi yang diperlukan boleh menjejaskan keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan, memproses permohonan atau memenuhi tanggungjawab kontrak.
We may disclose personal data, where necessary, to / Kami boleh mendedahkan data peribadi, apabila diperlukan, kepada:
Our branches, authorised employees and related companies / Cawangan, pekerja yang diberikuasa dan syarikat berkaitan;
Service providers, professional advisers, auditors, insurers and system providers / Penyedia perkhidmatan, penasihat profesional, juruaudit, syarikat insurans dan penyedia sistem;
Customers, principal contractors or site management, where relevant / Pelanggan, kontraktor utama atau pengurusan tapak, jika berkaitan;
Banks, payment providers and debt recovery service providers / Bank, penyedia pembayaran dan penyedia perkhidmatan kutipan hutang;
Government departments, regulators, enforcement agencies or courts / Jabatan kerajaan, badan kawalselia, agensi penguatkuasaan atau mahkamah; and / dan
Other parties authorised by you or permitted by law / Pihak lain yang dibenarkan oleh anda atau oleh undang-undang.
Parties processing personal data on our behalf are required to maintain appropriate confidentiality and security.
Pihak yang memproses data peribadi bagi pihak kami dikehendaki menjaga kerahsiaan dan keselamatan data tersebut.
We apply reasonable administrative, physical and technical measures to protect personal data against loss, misuse, unauthorised access, disclosure, alteration or destruction.
Kami melaksanakan langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang munasabah untuk melindungi data peribadi daripada kehilangan, penyalahgunaan, akses tanpa kebenaran, pendedahan, pengubahan atau pemusnahan.
Personal data will only be retained for as long as necessary to fulfil its intended purpose, contractual obligations or legal requirements.
Data peribadi hanya akan disimpan selama diperlukan untuk memenuhi tujuan pengumpulannya, tanggungjawab kontrak atau keperluan undang-undang.
Where personal data is stored or processed outside Malaysia, we will take reasonable steps to ensure that the transfer complies with applicable personal data protection requirements.
Sekiranya data peribadi disimpan atau diproses di luar Malaysia, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan pemindahan tersebut mematuhi keperluan perlindungan data peribadi yang berkenaan.
Subject to applicable law, you may request to / Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, anda boleh memohon untuk:
Access or obtain a copy of your personal data / Mengakses atau mendapatkan salinan data peribadi anda;
Correct inaccurate or incomplete personal data / Membetulkan data peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap;
Withdraw consent where processing is based on consent / Menarik balik persetujuan apabila pemprosesan berdasarkan persetujuan;
Limit certain processing activities / Mengehadkan aktiviti pemprosesan tertentu;
Opt out of direct marketing communications / Menghentikan penerimaan komunikasi pemasaran langsung; or / atau
Submit a question or complaint regarding the handling of your personal data / Mengemukakan pertanyaan atau aduan berkaitan pengendalian data peribadi anda.
Withdrawal of consent will not affect processing already carried out lawfully and may affect our ability to provide certain services.
Penarikan balik persetujuan tidak akan menjejaskan pemprosesan yang telah dilakukan secara sah dan mungkin menjejaskan keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan tertentu.
If a personal data breach occurs, KKPCSB will assess and manage the incident and make any required notifications in accordance with applicable legal requirements.
Sekiranya berlaku pelanggaran data peribadi, KKPCSB akan menilai dan mengurus insiden tersebut serta membuat pemberitahuan yang diperlukan mengikut keperluan undang-undang yang berkuat kuasa.
Promotional and marketing communications will only be sent where permitted by law. You may unsubscribe at any time by following the instructions in the communication or by contacting us.
Komunikasi promosi dan pemasaran hanya akan dihantar apabila dibenarkan oleh undang-undang. Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa dengan mengikuti arahan dalam komunikasi tersebut atau dengan menghubungi kami.
KKPCSB may update this Notice from time to time. The latest version will be published on our website and will take effect from the date stated.
KKPCSB boleh mengemas kini Notis ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan diterbitkan di website kami dan berkuatkuasa mulai tarikh yang dinyatakan.
For access, correction, withdrawal of consent, complaints or enquiries regarding personal data, please contact / Untuk permohonan akses, pembetulan, penarikan balik persetujuan, aduan atau pertanyaan mengenai data peribadi, sila hubungi:
Kamal & Kamal Pest Control Sdn. Bhd.
Attention / Untuk Perhatian: Nur Kamariah binti Hussein Kamal
Address / Alamat: No. 24, Jalan Meur 43, Taman Melur, 68000 Ampang, Selangor.
Email / E-mel: admin@kamalandkamal.
Telephone / Telefon: 019-392 3992











